Sunday 22 January 2017

Resepi rendang ayam mudah untuk ibu sibuk

Seperti dijanjikan, saya akan kongsikan resepi rendang ayam mudah untuk ibu - ibu yang sibuk dan buat - buat sibuk macam saya. Bahannya sangat mudah dan ia bukan halangan untuk memasak rendang. Giteww.



Asalnya, saya explore dalam blog kak Azlita Masam Manis. Tengok bahannya agak mudah untuk dihasilkan. Semua ada di dapur. Cuma adalah saya alter sikit2 (derhaka resepi katanya). Ampunn. Jadi , kalau nak resepi asal, boleh ke blog Azlita Masam Manis.

Resepi derhaka saya macam ni.

Bahan-bahan

Ayam 5-8 potongan
Cili kisar 4 sudu besar (lebih kurang 15-20 tangkai cili kering)
Santan 1 kotak kecil (jenama KARA), kalau santan biasa 1/2 biji kelapa pun dah memadai.
Serai 4 batang
Halia 2 inci
Bawang merah 3 biji
Serbuk kunyit  1 sudu besar / kunyit 1 inci
Asam keping 1 potong
Gula pasir 1/2 sudu besar (masukkan ketika menumis, untuk gelapkan cili, caramelized)
Air secawan kalau - kalau takut kering sangat.
Minyak untuk menumis

* Itu je bahan yang saya guna. Tapi kalau nak lagi sedap, boleh letak kerisik 1 sudu, gula merah untuk gantikan gula pasir, bawang putih 2-3 ulas, hirisan daun kunyit atau daun limau purut.

Kaedahnya

1. Kisar dengan blender cili,serai,halia,bawang merah,serbuk kunyit dan sedikit air.
2.Tumis bahan - bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Dah nampak garing macam tu, masukkan gula.Saya masukkan gula untuk caramelized (bagi browning). Kalau guna gula merah, pun sama. Kalau terlupa, jangan masukkan, nanti rendang jadi manis.Tak sedap.
3. Kemudian, masukkan asam keping, dan ayam. Gaul rata. Masa ni, perlahankan api. Api kasi manja -manja.
4.Boleh masukkan air, kalau nampak kering.
5. Agak - agak ayam dah separuh masak dan sebati, masukkan santan.
6. Kacau rata, dan perasakan dengan garam. Biar sehingga pecah minyak sekali lagi dan bagi kuah rendang agak kering. Ikut periuk la. Saya pakai kuali biasa je turun temurun. Sambil tu boleh masak benda lain pulak.

Apabila dah puas hati dengan kejadian pecah minyaknya,semua mantap, bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan dengan pulut kuning, nasi lemak, nasi putih dan roti.


Inilah hasil kejadian rendang ayam resepi derhaka saya tu. Nampak tak tahap pecah minyaknya tu.

________________________________________________________________________________
Bulan ini Shaklee buat promosi VIVIX The Vogue. Sesiapa nak vogue, boleh hubungi saya DI SINI. Kebaikan VIVIX Shaklee sangat banyak disebabkan kebaikan anggur muscadine terutamanya. Yang ini boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol berlebihan.

20 comments: